"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?"
(Hassan al-Banna)
Salam Ukhuwah, Pada tengahari yang panas terik di utara tanah air, di petang hari penghulu segala hari iaitu hari Jumaat, saya terpanggil untuk menulis dalam blog ini. Bicaranya adalah Muhasabah. Muhasabah adalah konsep penting bagi sesiapa jua. Muhasabah didatangkan dari perkataan Arab dan diguna pakai oleh Bahasa Melayu dan sering digandingkan dengan perkataan 'diri', maka terbentuklah istilah muhasabah diri. Muhasabah bermaksud menghitung, mengira, mentaksir dan perkataan seiring dengannya. Perkataan lain yang hampir dengannya adalah, 'ilmu hisab', 'hisab' dan 'hisbah'.
Muhasabah seringkali digunakan untuk menggambarkan seseorang yang duduk bersendirian dan menghitung semula amalan dan perbuatannya yang telah lalu. Ya, perkara yang ingin sampaikan adalah betapa pentingnya kita, terutamanya umat Islam kini untuk bermuhasabah dan menghitung diri. Bersesuaianlah dengan tajuk posting ini, saya ingin memberi gambaran bahawa penting sungguh untuk kita memberi peluang kepada diri kita sendiri memahami diri kita. Kadangkala disebabkan kurang ataupun tidak faham diri menyebabkan sesetengah manusia hilang pedoman dan aturan hidup.
Mengapa wujudnya gejala yang tidak sihat dikalangan anak muda seperti merokok, tomboi, homoseksual, merempit dan sbgnya. Anak muda ini kurang memberi peluang kepada diri sendiri untuk faham diri mereka. Sebagai contoh, kenapa wujud golongan homoseksual. Allah telah menjadikan manusia dengan fitrah semula jadi mereka. Adakah sifat homosek itu adalah semula jadi? Jawapannya, Ya. Tapi bukan sekadar sifat semulajadi tetapi adalah ujian. Allah mahu melihat sejauh manakah manusia bersabar menghadapi ujian dan musibah. Tamak dan mempunyai pangkat yang tinggi, kaya dan kelihatan seksi juga adalah sifat semula jadi manusia. Adakah manusia harus mengikut naluri semula jadi itu. Tidak!, Tidak sesekali. Cubalah duduk dan fahami diri sendiri. cuba fikirkan hakikat kejadian manusia. Makhluk kejadian mempunyai pasangan, tentunya pasangan bagi wanita adalah lelaki dan begitu sebaliknya. Walau naluri cenderung terhadap kaum sejenis, tetapi perlu menerima hakikat bahawa lelaki adalah untuk wanita. Sejauh manakah kita mampu menentang hawa nafsu dan hasutan syaitan.
Akhirnya, renungilah kata2 Hassan Al-Bana, tokoh Islam yang tidak asing lagi berkenaan dengan dirinya. Serta cuba renungi sms yang dikirimkan oleh seorang sahabat saya "maaf ye, ade gak sesuatu mase sy rase nk berseorang, untuk bermuhasabah diri sy..."-Wallahua'lam.